Asal-Usul Kuih Jongkong, Bongkok atau Bongkor

Oleh Shahabuddin Amerudin

Kajian ini merupakan hasil penyelidikan oleh Tuan Khairuddin Ismail dari Hulu Langat, Selangor mengenai sejenis kuih tradisional Melayu. Kuih tersebut memiliki tiga nama yang paling popular, iaitu Jongkong, Bongkok, dan Bongkor. Jongkong adalah nama yang paling luas penggunaannya.

Kuih tersebut didapati menjadi kegemaran dan menjadi hasil buatan serta jualan dari dua suku utama kaum Melayu, iaitu Mendailing dan Minangkabau, khususnya di Hulu Langat. Orang Minangkabau lebih menggunakan nama Kuih Bongkok atau Kuih Bongkor, dengan perbezaan terletak pada ejaannya sahaja. Asal usul nama Kuih Bongkok ini berasal dari seorang sahabat kepada Tuan Khairuddin Ismail yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Man yang menyatakan, “Moyangnya yang membuat kuih ini memang bongkok orangnya”.

Secara umum, nama Kuih Jongkong lebih popular di kalangan orang Mendaling. Kini, terdapat 5 pengusaha Kuih Jongkong di Hulu Langat, di mana empat daripadanya adalah orang Mendailing ‘tegar’, tetapi pengusaha yang satu lagi tidak dapat dikenalpasti asal-usulnya.

Semua pengusaha tersebut memanggil kuih ini sebagai Kuih Jongkong terutama dalam percakapan harian, promosi, dan banner mereka. Dalam perbualan netizen di dalam media sosial di sekitar Hulu Langat, mereka juga menggunakan nama Kuih Jongkong.

Pengusaha Kuih Jongkong yang paling terkenal sejak tahun 1960-an terletak di Dusun Tua, Hulu Langat adalah orang Mendailing yang dahulunya dikenali dengan nama Pak Udin Pecal. Ada satu klaim yang dibuat oleh seorang orang Minangkabau mengatakan moyangnya di antara yang terawal atau paling awal menggusahakan kuih ini di Dusun Tua.

Kuih Jongkong menjadi salah satu pilihan utama sewaktu berbuka pada bulan Ramadhan sehingga ke waktu bersahur tanpa mengambil kira asal-usulnya. Namun begitu, waktu terbaik untuk menikmatinya ialah selepas solat sunat Tarawikh. Oleh itu, kuih Jongkong perlu disimpan terlebih dahulu di dalam peti sejuk bagi menjaga aroma, keaslian, dan keenakkannya.

Kesimpulannya, Kuih Jongkong, Bongkok, atau Bongkor berasal dari orang-orang Mendailing dan Minangkabau, khususnya di Dusun Tua dan secara umumnya di Hulu Langat, Selangor. Walaupun begitu, kini kuih ini juga boleh didapati di tempat-tempat lain di serata Malaysia, tetapi tidaklah semeriah seperti di Hulu Langat di mana permintaannya senantiasa hangat dan selalunya tidak dapat memenuhi keperluan pasaran semasa, terutamanya pada bulan Ramadhan.

Suggestion for Citation:
Amerudin, S. (2023). Asal-Usul Kuih Jongkong, Bongkok atau Bongkor. [Online] Available at: https://people.utm.my/shahabuddin/?p=5478 (Accessed: 28 April 2022).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top