Archives for January 2022

NASI TOMATO

Untuk 20 orang makan

Nasi Tomato

?

8 cawan beras basmathi direndam 30 minit
9 cawan air
1 cawan susu cair
1 biji bwg merah besar saiz sederhana dicincang
6 ulas bwg putih dicincang
2 inci halia dititik
4 sudu besar sos tomato
1/2 tin tomato puree
1 kiub ayam
1 biji tomato di potong dadu
1 batang serai dititik
4 sekawan kayu manis/ bunga lawang/ bunga cengkih/ buah pelaga
Minyak sapi/ butter/ majerin untuk menumis
Daun pandan/ ketumbar
Kismis
Garam dan gula

Cara masak nasi

1️⃣

Tumiskan 4 sekawan, serai, halia, daun pandan hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih.. Bawang dah kekuningan masukan sos tomato, tomato puree, kiub ayam dan tomato yg dah dipotong dadu.

2️⃣

Bila semua dah sebati boleh la masukkan beras dan kacau @goreng selama 5 minit lebih kurang.

3️⃣

Pindahkan beras tadi ke periuk nasi. Kemudian masukkan air, susu, garam, gula, kismis dah 2 tangkai daun ketumbar.

4️⃣

Bila periuk nasi dah kee warm terus tutup suis. Ini bertujuan untuk mengelakkan nasi hangit @berkerakdi bawah. Biarkan selama 5 – 10 minit baru la bukak tudung periuk dah boleh kacau nasi pakai garpu @copstik utk elakkan nasi patah.

Ayam Masak Merah

?

1 1/2 ekor ayam (sy masak 23 ketul hr tu)
2 biji bwg besar (dikisar)
7 ulas bwg putih (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
1 1/2 cawan cili kisar (lebih kurang)
Sos cili
Soa tomato
Gula melaka
Gula, garam
Tomato
1 biji bwg besar utk hiasan
4 sekawan
Minyak untuk menumis

Cara memasak

1️⃣

Gorengkan ayam.

2️⃣

Tumiskan bwg merah, putih, serai dan halia kisar sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga semua bahan masak dan naik minyak. Masukkan sos tomato dan kacau. Masukkan gula melaka, garam dan gula.

3️⃣

Masukkan ayam dah kacau dalam 10 minit lebih kurang. Biar ayam tu mesra.

4️⃣

Last taburkan bawang dan tomato. Siap

➡️

Kami tak letak susu ya dalam masak merah ni sebab ayam akan cepat basi..

➡️

Kalau nak buat sikit kecikkan portion.

Kredit: Latipah Karim

RESEPI TITISAN HUJAN

Adjust apa yang Patut
100% guna air kelapa muda
Rasa ala ala kayangan gitu

10gm agar agar tali Jenama HAJAR
1200ml air kelapa muda – kalau nak puding tu keras kejung letak la 900ml . I suka yg gedik gedik puding nya
Gula batu semanis tekak sendiri
Daun pandan
Kalau nak letak isi kelapa muda , hiris halus halus

1. Rendam agar agar dengan air kelapa muda selama 30 minit
2. Masak agar agar dengar air kelapa bersama daun pandan sampai agar agar larut
3. Masukkan gula batu dan masak sampai larut
4. Angkat dan tapis
5. Isi kan penuh dlm acuan lompang bersama isi kelapa dan sejukkan dlm fridge semalaman .
Yummy .

Sos Gula Melaka
Gula melaka Semanis rasa
Air kelapa secukup nya
Daun pandan

1. Masak semua bahan Sos Gula Melaka hingga Larut dan mendidih
2. Tapiskan dan Sejuk kan Di dalam fridge

Hiasan
Kacang Tanah yang di tumbuk kasar
Atau badam , pistachio dll jenis kekacang . Panggang dulu then tumbuk kasar

Kredit resepi : Izan Ars

RESIPI TIRAM JELITA BY IFA A.K.A CHEPAH

850gm tpung cap Ros
2sudu marjin
1sudu shortening
2suud air.kapur (yg jernih)
1cup.minyak.masak
Akk panskn minyk.+merjerin

PAnaskn minyak msk+ merjerin (mendidih)

Tpung grm air kapur + minyak panas..
guna ais @ cowey.uli sebati
Pstu asingkn doh beberpa bhgain(buh pewrna kesukaan)
 buat bulat2..restkn doh (1jam) canai doh memajmg

Sapu doh minyak masak+tpung jgung(xde sukatan)

Gulong hingga habisCanai nipis.nk cntek.guna mesin pasta. potong mngikut size yg diningnknn..pnskn minyk Boleh goreng…gmbr dn Cara boleh rujuk youtube.

Kredit resepi : Latifah Eiyfa

Teh Masala

☕

Bahan-bahan:⠀
1. 2-3L air⠀
2. 4 sudu besar daun teh⠀
3. Bunga cengkih⠀
4. Buah pelaga⠀
5. Jintan manis⠀
6. Kulit kayu manis⠀
7. Halia⠀
8. Susu pekat⠀
9. Susu segar⠀
10. Susu tepung⠀
11. Gula⠀

Cara-cara:⠀
1. Panaskan air dalam periuk⠀
2. Masukkan daun teh⠀
3. Masukkan bunga cengkih, buah pelaga, jintan manis dan kulit kayu manis⠀
4. Tumbuk halia dan masukkan⠀
5. Biarkan teh mendidih⠀

Penyediaan susu:

?


1. Masukkan 4 sudu tepung ke dalam cawan⠀
2. Campur bersama air panas dan kacau hingga sebati⠀
3. Masukkan 1 cawan susu segar, 4 sudu susu pekat dan 2 sudu gula⠀
4.Kacau hingga sebati⠀

✨

Masukkan bancuhan teh ke dalam teh dan biarkan mendidih seketika⠀

✨

Tapis dan sedia untuk dinikmati⠀

✨

Tarik ala mamak sebelum dihidangkan

?



Selamat mencuba!

☕️


Sumber Resepi: Ravinder Kaur Joachim

AYAM BAKAR MAYONIS

Ayam bakar mayonis cara sy.

1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan

Bahan A

1 biji bawang merah besar

4 ulas bawang putih

?? Saya tumbuk halus

?? Boleh kalau anda nak letak halia, serai.

Bahan B (agak² la ye, secukupnya)

Sos cili (2 sudu besar)

Sos tomato (2 sudu besar)

Sos tiram (2 sudu besar)

Madu

Cili flakes

Mayonis (1/2 ekor ayam, sy letak 3 sb mayo)

Garam (agak² ye sbb dah ade sos tiram)

Minyak bijan (blh ganti minyak masak)

?? Sediakan bekas, campurkan bahan A dan bahan B. Gaul rata. Kemudian perap ayam sekurangnya 30min. Semalaman pun elok.

?? Saya bakar dalam oven suhu 200 atas bawah selama 20min, kemudian turunkan suhu 180 bakar sehingga masak. Sy terbalikkan ayam tu supaya api atas boleh bakar kedua belah sisi ayam tu.

Nota : oven sy besar, suhu oven sy mungkin x sama dgn oven anda. Pastikan anda kenal suhu oven anda supaya ayam x rentung.

‘Ruam Mitr’..

Hantu boba patut try buat thai dessert ni.
Kenyal2 mcm boba gitu sedapp! Anak2 confirm suka.
Buat pun senang je. Ini resepinya..

RESEPI THAI DESSERT ‘RUAM MITR’

?

Bahan2 doh:
– Tepung ubi kayu
– Air panas
– Pewarna

Bahan2 kuah:
– Santan
– Gula
– Garam
– Daun pandan
– Sagu
**boleh tambah keledek/jagung/nangka jika suka

CARA2:

1. Sediakan air panas menggelegak. Masukkan air panas kedalam tepung ubi sedikit demi sedikit uli hingga menjadi doh.
2. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Masukkan pewarna kesukaan dan bentukkan guna acuan kuih siput. Rebus dalam air menggelegak. Dah terapung tos dan masukkan dalam air. Ketepikan.
3. Dalam periuk masukkan air, gula, garam & daun pandan. Kemudian masukkan santan. Bila menggelegak sikit masukkan sagu.
4. Tos doh siput kita buat tadi dan masukkan dalam kuah santan. Siapp!
Sedia dimakan masa panas2 atau tambahkan ais pun sedap!

?

SELAMAT MENCUBA!

**kalau nak tambah jagung/keledek/nangka sila masukkan sebelum santan tu ye. sis buat yang ni je sbb anak sis suka mkn yang kenyal2 ni je.
**tips: masukkan air panas sikit lepas tu uli, pastu masukkan lagi sikit2 selang seli mcm tu. kalau air byk sekaligus doh akan jd melekit mcm gam tu.

Kredit : Ilyani Kori

FLAT BREAD HERBA KERING

BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum | ayak
180gm Susu Tepung Fernleaf Full Cream + 1/4 cawan air | bancuh
50gm mentega
1 sudu teh herba Italy kering
1/2 sudu makan minyak
1/2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega dan bancuhan Susu Tepung Fernleaf Full Cream di dalam periuk kecil lalu panaskan atas api sederhana hingga mentega cair. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit (tapi masih suam).
2. Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, garam, herba Italy kering dan campuran susu + mentega tadi. Gaul hingga semua bahan sebati.
3. Tuang bahan-bahan yang sudah digaul tadi ke atas papan pencanai lalu uli beberapa minit hingga menjadi doh yang lembut. Jika doh terlalu lembik boleh tambah sedikit lagi tepung gandum.
4. Letak doh di dalam mangkuk lalu tutup menggunakan plastik cling wrap selama 30 minit.
5. Setelah direhatkan, bahagikan doh kepada 4 bahagian dan bentukkan bulat seperti bola.
6. Tabur sedikit tepung di atas papan pencanai, ambil sebiji doh yang dah direhatkan tadi lalu canaikan nipis.
7. Panaskan kuali non-stick dengan api yang kecil. Sapu sedikit minyak di dalam kuali. Letakkan sekeping doh lalu masak di kedua-dua bahagian hingga agak garing dan sedikit perang.
8. Flat bread ini sesuai dimakan dengan sebarang sambal atau kuah kari.

BISKUT MILO CRACKERS

Bahan bahan :
1 pek biskut marie
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan milo
Cara cara :
1. Hancurkan biskut marie seperti serbuk roti.
2. Masukkan susu dan milo sedikit demi sedikit hingga sebati. 
3. Gaul dan bentukkan ikut suka hati.
4. Nak nampak biskit menarik boleh salutkan dengan coklat rice, nestum, kacang dan sebagainya.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam. Siap!

SHORTBREAD COOKIES

Bahan bahan :
350g mentega
1/2 cawan gula ising
1 cawan tepung gandum
Cara cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180° celcius.
2. Gaulkan mentega dan gula ising. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati menjadi doh yang lembut.
3. Uli doh menjadi panjang sehingga 1/4 inci tebal dan potong doh bentuk bulat.
4. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak kekuningan.

CHOC CHIP CHEESE COOKIES

Bahan-bahan:
1/4 cawan mentega tanpa garam (suhu bilik)
125gm krim keju (suhu bilik)
1 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu makan susu segar
1 1/4 cawan gula aising (diayak)
1 1/4 cawan tepung gandum (diayak)
1/4 cawan tepung jagung (diayak)
1/2 sudu teh serbuk penaik (diayak)
6 sudu makan coklat cip
Cara Membuat:
Pukul mentega dan krim keju sehingga halus dan berkrim. Masukkan telur, esen vanila dan susu segar, gaul sebati. Masukkan gula aising dan pukul lagi sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan coklat cip, rehatkan doh selama sejam di dalam peti sejuk. Panaskan ketuhar pada suhu 160c selama 10 minit dan alas loyang dengan kertas minyak. Bentukkan doh seperti bebola (anggaran 25 biji bebola) dan susun ke atas kertas minyak. Jarakkan dan tekan doh agar sedikit leper. Tabur coklat cip ke atasnya, bakar pada suhu 160c selama 15-20 minit atau sehingga bahagian bawah sedikit perang.