Lawatan Pengetua ke rumah sewa pelajar

5 Feb 2019. Satu lawatan pengetua dan felo luar kampus ke satu rumah sewa pelajar di Residensi Gurneymas, Keramat. Salah seorang pelajar yang menyewa telah mengalami cedera ringan akibat kemalangan motorsikal. Hasil lawatan mendapati pelajar dalam keadaan stabil kerana cedera yang dihadapi adalah kecil sahaja. Tindakan dari felo ialah membawa motor yang tersadai ke kampus supaya lebih selamat.

Selamat Kembali Pelajar Kanan Diploma UTM

Selamat menyambung pengajian bagi pelajar-pelajar Diploma UTM. Juga selamat datang kepada pelajar baru diploma UTM semester 1 2019/2020.

Sumbangan iftar memeriahkan ramadan

Pejabat Kolej Luar Kampus bagi pihak Hal Ehwal Pelajar telah menerima sumbangan iftar dari Karisma, sebuah NGO di Kuala Lumpur. Sumbangan sebanyak 50 bungkus makanan telah disampaikan kepada wakil pelajar di surau Kolej Siswa Jaya bersama beberapa staf Kolej Luar Kampus dan staf Karisma.

Pihak HEP melalui Kolej Siswa Jaya sangat mengalu-alukan sumbangan semasa bulan ramadan khususnya untuk program iftar harian di surau Kolej Siswa Jaya. Juga akan diadakan satu majlis Iftar Perdana yang bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim, pelajar tahfiz, para ibu tunggal sekitar Rejang dan para pelajar UTMKL terutamanya golongan kategori B40.