Competition is good especially the healthy ones. However, never get carried away with competitions. Compete and acknowledge the strength of others at the same time, insya Allah you will not be astray. This is what I kearn from the Qin Empire: Alliance drama.
One thing that I learn from being a leader is that, leaders always take the blame but not the praise. Nice!
Mata Lebah atau Mata Lalat!
Sangat menarik perbandingan di antara mata lebah dan mata lalat oleh Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang dalam Forum Perdana Ehwal Islam, 11 Jun 2020.
Mata lebah selalu mencari bunga-bunga yang cantik dan menghasilkan madu yang manis lagi berkhasiat, manakala mata lalat selalu mencari tahi dan bau busuk. Biarlah kita menjadi seperti mata lebah yang selalu melihat kepada kebaikan dan membuahkan hasil yang baik. Dan janganlah kita menjadi seperti mata lalat yang sentiasa melihat pada keburukan dan kesilapan orang lain sebab ianya tidak mendatangkan faedah.
Pilihan di tangan anda, nak jadi mata lebah atau mata lalat.
#languageacademyutm
#wherelanguagesprosper
#takecare #staysafe
Sabar dan Jangan Berdendam
Dalam siri Tanyalah Ustaz pada 4 Jun 2020, tetamu jemputan iaitu Ustaz Ahmad Shadan Al-Hadrami telah membicarakan tentang Dakwah Rasulullah kepada Pemimpin dan beliau menyatakan 2 tunjang utama untuk pemimpin adalah sabar dan jangan berdendam. Sebab dendam itu adalah ciri utama syaitan laknatullah. Semoga Allah membimbing kita ke jalan yang lurus.