Rupanya banyak peribahasa Melayu tentang katak:
1. Katak di bawah tempurung – biasa dengarkan – orang yg sedikit pengetahuannya
2. Katak ditimpa kemarau – keluh kesah tanpa keruan
3. Laksana katak dihurung ular – lari bercempera ketakutan
4. Seperti katak, sedikit hujan banyak main – suka memperbesarkan perkara kecil
5. Takkan katak beranakkan ular – orang pengecut takkan jadi berani
6. Alim bagai katak di tepi air – orang berilmu tp dia sendiri tidak mendapat faedah drp ilmunya
7. Katak hendak menjadi lembu – meniru gaya orang berada/besar
8. Terkilap-kilap bagai katak disemburi – orang yg diam sahaja dalam suatu perbincangan
9. Tidak akan licin katak puru, jika sentiasa hujan sekali pun – orang yg hodoh takkan cantik walaupun memakai perhiasan

10. Bagaimana hari tak hujan, katak betung dlm telaga berteriak selalu – orang yg selalu ke rumah seseorang dengan tidak beretika dan dgn maksud tersembunyi akan menimbulkan syak wasangka

11. Mati katak – mati yang sia-sia

 

Nombor 10 tu macam complicated sikit nak faham. Sesiapa ada lagi peribahasa tentang katak yg boleh dikongsikan.

#languageacademyutm
#wherelanguagesprosper

https://people.utm.my/hanita/2019/11/10/4042/

Peribahasa Melayu mengenai perangai atau jenis manusia:
1. Diam-diam ubi berisi
2. Ayam telur sebiji riuh sekampung
3. Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk
4. Seperti lalang ditiup angin
5. Kepala batu
6. Gunting dalam lipatan
7. Baling batu sembunyi tangan
8. Mulut tempayan

9.  Ular dua kepala

10. Talam dua muka

11. Buaya darat

12. Hati kering

13. Sebagai Lilin membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain

Dan banyak lagi. Ini menunjukkan sifat manusia berbagai-bagai.

#pesananuntukdirisendiri
#languageacademyutm
#wherelanguagesprosper

https://people.utm.my/hanita/2019/11/10/4040/

“Before you are a leader, success is all about growing yourself. When you become a leader, success is all about growing others.” – Jack Welch

Selfish leaders will destroy the whole organisation/country since they are  blinded by their self interests.

https://people.utm.my/hanita/2019/10/26/4028/

Remember that:

Confidence is silent

Insecurities are loud

Hence, never under estimate people who are quiet.

https://people.utm.my/hanita/2019/10/25/4024/

To handle yourself, use your head

To handle others, use your heart

– Eleanor Roosevelt –

https://people.utm.my/hanita/2019/10/20/4022/

A leader is one who knows the way

goes the way

and

shows the way

-John C. Maxwell-

https://people.utm.my/hanita/2019/10/20/4020/

Jenis Manusia

Ada 4 jenis manusia:

  1.  Orang yang diam-diam ubi, makin diam makin berisi
  2. Orang yng ikut resmi padi makin berisi makin tunduk
  3. Orang yang seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung
  4. Orang yang seperti lalang tegak berdiri mengikut tiupan angin tiada memberi manafaat kepada manusia.

Kita kena menilai keperibadian seseorang dan lihat adakah dianya bersifat ubi, padi, ayam atau lalang. Janganlah kekuatan ayam berkokok membuat kita alpa dan terlepas pandang pada ubi yang penuh berisi. Dan jangan pulak kerana ketinggian lalang yang tumbuh menegak dan ditiup angin ke kiri dan ke kanan mengaburkan pandangan kita pada padi yang penuh berisi tapi masih tunduk menyembah bumi.

Binge watching of a Chinese drama called The rise of phoenices. 70 episodes finally done piiiuuh.  I was struck by a statement made by a character, who is a reputable scholar Ziyan. He reminded the new emperor, who is also his closed friend, of their new status by saying ‘mountains and rivers seem close but a distance of a few steps seems far’.  Hmmm very deep indeed.

https://people.utm.my/hanita/2019/07/22/3888/