Kaca Versus Permata

There are 2 great Malay leaders: one is kaca and the other one is permata. Anuar is the great orator whilst Dr. Mahathir  is the great author, you have to listen to what Anuar said, and read what Che Det wrote. Then only you decide who is kaca and who is permata.

I wrote this on my Facebook in 2011. We are now in 2020. Is it still relevant?

Hubungan manusia dan kebodohan adalah sesuatu yang menarik untuk dikaji. Ada orang yang memang bodoh dan tahu dia bodoh, ada yang bodoh tapi tak tahu yang dia bodoh. Ini golongan bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut. Ada yang berpura-pura bodoh, ada yang berlakun bodoh (buat bodo), ada yang boleh diperbodohkan, ada yang pandai memperbodohkan.

Pada suatu hari, Si Bodoh yang tidak tahu dianya bodoh cuba memperbodohkan yang berpura-pura bodoh. Si berpura-pura bodoh cuba menolong Si Bodoh. Tanpa disangka-sangka Si Bodoh diperbodohkan oleh Si berpura-pura bodoh. Si berlakun bodoh melihat kebodohan masing-masing dengan senyum sinis 😬.

https://people.utm.my/hanita/2020/08/13/4333/

May 1969

Perselisihan antara Melayu dan Cina dalam isu ekonomi dan politik mencapai kemuncaknya pada tahun 1969 selepas pilihan raya umum ketiga. Dalam tempoh kempen pilihan raya 1969, parti berasaskan kaum Cina mempersoalkan hak-hak orang Melayu termasuk penggunaan bahasa Melayu dan mempromosikan slogan ‘Malaysian Malaysia’ sekali gus mencabar kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh para pengasas kemerdekaan Malaysia. Keputusan pilihan raya menunjukkan kerajaan memerintah kehilangan lebih separuh undi popular kerana majoriti pengundi Cina mengundi calon pembangkang. Pemenang terbesar ialah parti-parti Cina kerana undi Melayu terbahagi antara UMNO dan PAS.

– Muhammed Abdul Khalid (2017). Antara Dua Darjat. Selangor: Dubookpress, 117 –

History repeats itself, unfortunately, the Malays don’t learn and what is the reason for the history recurrence? To know the answer go to https://medium.com/lessons-from-history/do-you-ever-wonder-why-history-repeats-itself-5004cd064abd

In our daily life we might come across two people, who are at loggerheads, let say A and B.  The third party, C, comes in and shows favours towards B. B feels special whilst A feels dissapointed. But, neither A nor B knows the real intention of C. Without realising B  has become the prey to the cunning C.  The Malay idiom for this is ‘keluar mulut buaya masuk mulut naga’, which has the same meaning with ‘out of the frying pan into the fire’.  By which A is the buaya 🐊 or frying pan 🍳 and C is the naga 🐉 or fire 🔥.

If you were A and could see the real C, would you tell B of the C’s evil intention or would you just keep it to yourself 🤫?

https://people.utm.my/hanita/2020/08/12/4314/

Something to Ponder

See with your eyes

Listen with your ears

Sense with your heart

It takes three sensory components for efficacious communication.

Tikus Membaiki Labu

Kenapa ada perumpamaan bagai Tikus Membaiki Labu? Bila masa dan bagaimana terjadinya tikus membaiki labu?  Maksud tikus membaiki labu ialah apabila seseorang ingin membaiki sesuatu yang dia tiada ilmu pengetahuan mengenainya dan akhirnya menyebabkan benda yang dibaiki itu semakin rosak dan mendatangkan kemudaratan. Apa yang boleh kita pelajari ialah kita kaji dan selidik dulu sebelum cuba membaiki sesuatu benda atau keadaan.  Jangan sampai kita mengambil keputusan yang akan merumitkan lagi keadaan.  Kita kena mengakui yang ada perkara yang kita tidak tahu atau tidak berilmu dan dalam dunia ini ada orang yang lebih pandai dari kita.  Janganlah kita menjadi seperti tikus yang hanya mendatangkan kerosakan.

Competition

Competition is good especially the healthy ones. However, never get carried away with competitions. Compete and acknowledge the strength of others at the same time, insya Allah you will not be astray. This is what I kearn from the Qin Empire: Alliance drama.

One thing that I learn from being a leader is that, leaders always take the blame but not the praise.  Nice!

https://people.utm.my/hanita/2020/06/17/4296/

Mata Lebah atau Mata Lalat!

Sangat menarik perbandingan di antara mata lebah dan mata lalat oleh Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang  dalam Forum Perdana Ehwal Islam, 11 Jun 2020.

Mata lebah selalu mencari bunga-bunga yang cantik dan menghasilkan madu yang manis lagi berkhasiat, manakala mata lalat selalu mencari tahi dan bau busuk.  Biarlah kita menjadi seperti mata lebah yang selalu melihat kepada kebaikan dan membuahkan hasil yang baik.  Dan janganlah kita menjadi seperti mata lalat yang sentiasa melihat pada keburukan dan kesilapan orang lain sebab ianya tidak mendatangkan faedah.

Pilihan di tangan anda, nak jadi mata lebah atau mata lalat.

#languageacademyutm

#wherelanguagesprosper

#takecare #staysafe

Sabar dan Jangan Berdendam

Dalam siri Tanyalah Ustaz  pada 4 Jun 2020, tetamu jemputan iaitu Ustaz Ahmad Shadan Al-Hadrami telah membicarakan tentang Dakwah Rasulullah kepada Pemimpin dan beliau menyatakan 2 tunjang utama untuk pemimpin adalah sabar dan jangan berdendam.  Sebab dendam itu adalah ciri utama syaitan laknatullah.  Semoga Allah membimbing kita ke jalan yang lurus.