Hubungan manusia dan kebodohan adalah sesuatu yang menarik untuk dikaji. Ada orang yang memang bodoh dan tahu dia bodoh, ada yang bodoh tapi tak tahu yang dia bodoh. Ini golongan bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut. Ada yang berpura-pura bodoh, ada yang berlakun bodoh (buat bodo), ada yang boleh diperbodohkan, ada yang pandai memperbodohkan.
Pada suatu hari, Si Bodoh yang tidak tahu dianya bodoh cuba memperbodohkan yang berpura-pura bodoh. Si berpura-pura bodoh cuba menolong Si Bodoh. Tanpa disangka-sangka Si Bodoh diperbodohkan oleh Si berpura-pura bodoh. Si berlakun bodoh melihat kebodohan masing-masing dengan senyum sinis 😬.