Dasar Ekonomi Baru

Satu dakwaan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia dalam tinjauan ekonomi 2011 menyatakan ‘…polisi yang menyebelahi Melayu menghalang kemajuan ekonomi, menyebabkan ketirisan minda (brain drain)’ (World Bank, 2011).

Kesimpulan mereka tidak perlu diambil serius kerana kaedah kajian mereka adalah lemah dan ini adalah sesuatu yang mengejutkan kerana analisis tersebut bersandarkan kepada kira-kira hanya 200 orang responden Internet secara global.  Disebabkan kelemahan yang kritikal dalam kajian ini, dapatannya boleh dikatakan tidak tepat.  Tetapi yang menariknya, laporan kajian tersebut menyatakan hanya 20% rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara adalah graduan universiti.  Ini bermaksud kebanyakan mereka yang berpindah ke luar negara bukanlah pekerja berkemahiran.  Dan alasan yang diutarakan bukanlah disebabkan DEB, tetapi insentif-insentif ekonomi seperti pendapatan yang lebih tinggi.

Moral of the story, don’t totally believe the World Bank.  They have their own agenda. 

Muhammad Abdul Khalid (2019). Antara Dua Darjat.  Selangor: Dubookpress. Page 137

World Bank. (2011). Malaysia Economic Monitor – Brain Drain. Bangkok: The World Bank.