Mata Lebah atau Mata Lalat!

Sangat menarik perbandingan di antara mata lebah dan mata lalat oleh Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang  dalam Forum Perdana Ehwal Islam, 11 Jun 2020.

Mata lebah selalu mencari bunga-bunga yang cantik dan menghasilkan madu yang manis lagi berkhasiat, manakala mata lalat selalu mencari tahi dan bau busuk.  Biarlah kita menjadi seperti mata lebah yang selalu melihat kepada kebaikan dan membuahkan hasil yang baik.  Dan janganlah kita menjadi seperti mata lalat yang sentiasa melihat pada keburukan dan kesilapan orang lain sebab ianya tidak mendatangkan faedah.

Pilihan di tangan anda, nak jadi mata lebah atau mata lalat.

#languageacademyutm

#wherelanguagesprosper

#takecare #staysafe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *