Rupanya banyak peribahasa Melayu tentang katak:
1. Katak di bawah tempurung – biasa dengarkan – orang yg sedikit pengetahuannya
2. Katak ditimpa kemarau – keluh kesah tanpa keruan
3. Laksana katak dihurung ular – lari bercempera ketakutan
4. Seperti katak, sedikit hujan banyak main – suka memperbesarkan perkara kecil
5. Takkan katak beranakkan ular – orang pengecut takkan jadi berani
6. Alim bagai katak di tepi air – orang berilmu tp dia sendiri tidak mendapat faedah drp ilmunya
7. Katak hendak menjadi lembu – meniru gaya orang berada/besar
8. Terkilap-kilap bagai katak disemburi – orang yg diam sahaja dalam suatu perbincangan
9. Tidak akan licin katak puru, jika sentiasa hujan sekali pun – orang yg hodoh takkan cantik walaupun memakai perhiasan

10. Bagaimana hari tak hujan, katak betung dlm telaga berteriak selalu – orang yg selalu ke rumah seseorang dengan tidak beretika dan dgn maksud tersembunyi akan menimbulkan syak wasangka

11. Mati katak – mati yang sia-sia, hahahah ini memang win!!!

 

Nombor 10 tu macam complicated sikit nak faham. Sesiapa ada lagi peribahasa tentang katak yg boleh dikongsikan.

#languageacademyutm
#wherelanguagesprosper

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *