Tikus Membaiki Labu

Kenapa ada perumpamaan bagai Tikus Membaiki Labu? Bila masa dan bagaimana terjadinya tikus membaiki labu?  Maksud tikus membaiki labu ialah apabila seseorang ingin membaiki sesuatu yang dia tiada ilmu pengetahuan mengenainya dan akhirnya menyebabkan benda yang dibaiki itu semakin rosak dan mendatangkan kemudaratan. Apa yang boleh kita pelajari ialah kita kaji dan selidik dulu sebelum cuba membaiki sesuatu benda atau keadaan.  Jangan sampai kita mengambil keputusan yang akan merumitkan lagi keadaan.  Kita kena mengakui yang ada perkara yang kita tidak tahu atau tidak berilmu dan dalam dunia ini ada orang yang lebih pandai dari kita.  Janganlah kita menjadi seperti tikus yang hanya mendatangkan kerosakan.

One Reply to “Tikus Membaiki Labu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *