Siapa yang menonton Money Heist akan teruja dengan strategi yang digunakan oleh perompak. Yang menariknya mereka bangga dengan identiti mereka sebagai perompak. Sebabnya, mereka adalah perompak kelas atasan. Rompakan yang dilakukan bukan calang-calang rompakan.
Siapa sangka Money Heist telah berlaku di Malaysia pada 31 Ogos, 1994. Perompak dikenali dengan Geng Mamak. Tidak sama seperti perompak dalam filem Money Heist, mereka yang menjalankan rompakan terbesar di Lapangan Antarabangsa Subang tidak bersenjata dan sehingga ke hari ini jongkong emas yang dirompak tidak ditemui. Hebat juga Money Heist Malaysia.