Syukur Saya Anak Malaysia ❤️🇲🇾

Pada 30 Ogos saya ambil cuti, pergi settle semua hutang2 dgn kerajaan. Minta hubby drive me around, dah lama x jadi mem besar 💁🏻‍♀️. Destinasi 1: JPJ. Hmmm ada saman lama belum bayar 🤭. Chuak juga, brp lah nak kena. Pegawai JPJ tanya ‘dekat TBS pun boleh kena saman ka Puan’, sambil tersenyum sipu (pegawai tu x nampak la sebab pakai 😷 kan) terus jawab ‘cari jalan keluar x jumpa terus masuk tempat bas, apalagi kenalah saman’. Sampai kat kaunter nak bayar saman ‘RM90 Puan’. Alhamdullilah ada diskaun Hari Kebangsaan 🇲🇾. Terima kasih JPJ 😍.
Destinasi 2: Pejabat Tanah Johor Bahru. Aduuuh brp la nak kena bayar, rasa2 sejak 1998 x pernah bayar. Nasib baik Dr Mahani Stapa ingatkan, ‘kena bayarlah nita, rumah u bukannya buat atas angin’, hmmm kawan yg prihatin 🤨. Masa staf PTJ nak bg bil ‘RM227 Puan’. Aik murahnya. Bila tengok bil rupanya cukai tertunggak dr 2016, denda lewat x cecah pun RM40. Mmg mampu sgt insya Allah. Terima kasih PTJ, kos yg amat berpatutan 😍.
Rasa sgt2 bersyukur hari ni tinggal di bumi Malaysia. ‘Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan’ (Surah Ar-Rahman).

I❤️Malaysia🇲🇾
#MalaysiaPrihatin

Happy Independence Day 2020 everyone. Merdeka, Merdeka tetaplah Merdeka. Ia pasti menjadi sejarah. 🇲🇾

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *